Adakah pemakaian Premium
Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk
badan?
Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ni diperbuat daripada
fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami
dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas
berdasarkan kajian dari bidang ergonomi.
Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar
metabolisme badan.
Selain tu, fabriknya mempunyai kuasa
penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian.
Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran
darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan
kontur badan yang menarik.
Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ni dihasilkan melalui
teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan
tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka,
pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa
panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang
menarik.
Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai
untuk mendapatkan ukuran badan?
Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa
mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada
bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda
mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak
besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat
ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin.
Selain itu, bagi mereka yang
melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10
hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui
pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas
bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan
adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan
memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu
memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke
tempat asal.
Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang
konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun,
sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara
konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama,
lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya
dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang
mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa
di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas
melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.
Adakah pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang
kendur dan menggelebeh?
Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot
dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan
kaum wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang direka khas ini
mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung
payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul.
Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan
garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.
Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar
dan menyebabkannya melimpah keluar?
Premium Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan
keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan
yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada
kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia
dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.
Adakah masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium
Beautiful? Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful,
payudara akan menjadi besar? Adakah ia benar?
Saiz payudara mungkin akan berubah berpandukan kepada keadaan fisiologi
seseorang. Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam yang baik seperti Premium
Beautiful dalam jangka masa yang panjang, ia dapat memperbaiki masalah payudara
yang kendur dan menggelebeh, seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.
Mengapakah kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful?
Bolehkah kita hanya memakai long girdle?
Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar
paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak
akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang,
lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar, maka kontur badan akan
menjadi tidak menarik.
Adakah long brassiere harus dipakai bersama
dengan long girdle dan waist nipper?
Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam
pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian
dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper
pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada
dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda
memakai pakaian yang ketat, waist nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara
brassiere dan long girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya
memperbetulkan postur badan. Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist
nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang
menarik.
Long girdle Premium Beautiful sangat ketat dan
susah untuk dipakai, apakah cara yang betul untuk memakainya?
Pertama, anda harus memilih saiz long girdle yang sesuai untuk anda. Untuk
memastikan keselesaan anda apabila memakainya untuk jangka masa yang panjang
dan membentuk kontur bahagian pinggul, perut dan paha yang cantik. Namun, cara
pemakaian long girdle tidak sama dengan cara anda memakai seluar dalam di mana
anda terus menariknya. Tindakan ini akan merosakkan fabrik long girdle dan
menyebabkan bentuk pinggul berubah.