Friday, 22 August 2014

TLC RAYA, 22 August 2014

Alhamdulillah, the door is yet to close. Another house to open Today, Friday!!! 
Pelbagai menu disediakan & disamping tu kmi juga akan mengadakan bacaan yassin & tahlil.


Jom2, everyone are invited & most welcome to join us makan2 sambil merapatkan ukhuwah.


#teaser

Ohoho yummy!!! Can't wait for tonite open house... kuih seri muka pun ada, bukan hanya menu raya yang lalu ye kawan2.


#teaser

Nasi minyak JTX in the making uolls!! Adakah menu spesel utk open house malam ni..


#teaser 

More menu!!! Cer teka, menu apakah ini? Haa bagi sapa yg merindui masakan ni atau mengidam nak makan masakan spesel ni... jemput datang ye

Menu2 lain akan dirahsiakan buat sementara.. ehehe. Kawan2 dijemput ke teratak kami bagi memeriahkan majlis TLC RAYA di TLCC, Gombak. Majlis bermula pada pukul 8 mlm. In sha Allah, disamping itu kmi juga akan mengadakan bacaan tahlil & yassin.

Jemput beramai-ramai ye 

Majlis bermula pada malam ini:
Jumaat, 2 Aug 2014, 8pm

Bagi yang nak tahu details locations & majlis boleh hubungi eda di 013-9800625


Sunday, 17 August 2014

Running Man... Korean Komedi

Rasa macam sudah lama tidak layan drama-drama Korea ;) Masa student dulu,
like 6 to 7 years ago siap khatam 1 drama series in only 1 night. lepas satu CD, satu CD dimasukkan sampai tak sedar da pagi. Ahahha gagah
betul kan? Especially time habis exam… itulah antara release tension yang best,
petang-petang after riadah (normally eda akan jogging & skipping) so malam
layan Korean drama. Famous time tu “Autum in My Heart”, drama ni tengok la
berapa kali pun berderai air mata sesaja.

Walaupun citer “Running Man” da on-air since 2010, Eda tak
penah tengok sebab malam-malam tidur awal dengan anak-anak. Tetiba tengok en
suami tergelak-gelak suka tengok cerita, layan betul dia masa tu so Eda pun
join la skali. Sangat-sangat comel la watak nya dan semua artis yang terlibat
tu sporting-sporting plak tu. Ada jer aksi yang tak kering gusi dan slumber.

Ni antara episode nye… so jom layan skali :)
Best kan? Happy Watching everyone!




Thursday, 14 August 2014

Travel for FREE to SHANGHAI with TLC....

Just Google through the places that we will be going this coming September 2014. Ahahha since this is my 1st time travel for FREE….travel more than 8 hours flight… I’m sooo excited. Saja nak cuci-cuci mata, tempat lawatan yang bakal kami kunjungi…


 Do you ever heard about Oriental Pearl TV Tower? It is located in Pudong Park in Lujiazui, Shanghai. This 468 meters (1,536 feet) high  tower is the world's sixth and China's second tallest TV and radio tower. However, even more alluring than its height is the unique architectural design that makes the Oriental Pearl TV Tower one of the most attractive places anywhere. Wow… Interesting places to visit, right?



Next, we will be visiting the Huangpu River. Huangpu River winds about 114 kilometers from Dingshan Lake, the source, northward to Wusong Kou, where it meets with the Yangtze River. Huangpu River is the sign of Shanghai. It is only about 400 meter wide and 9 meter deep, but it holds about one third of the China's total international trade.



The Bund. For a century it has been one of the most recognizable architectural symbols and pride of Shanghai. I’ve heard the view is superb, every morning people come to the Bund to do exercises and every evening they come to appreciate the view with their loved ones. Best kan? I love beautiful scenery, can’t wait to see it myself. Perhaps, next visit will be going with my husband :)



This is the places for fashion lover would love to come! Nanjing Road, China's premier shopping street, 3.4-mile-long Nanjing Road, starts at the Bund in the east and ends in the west at the junction of Jing'an Temple and Yan'an West Street. Today over 600 businesses on the road offer countless famous brands, superior quality, and new fashions. KFC, Pizza Hut, and other world-famous food vendors line both sides of the street. Upscale stores include Tiffany, Mont Blanc, and Dunhill. In addition, approximately a hundred traditional stores and specialty shops still provide choice silk goods, jade, embroidery, wool, and clocks. Oh my!! Is this real??? Heaven for those who love shopping!!!



With all interesting places in Shanghai to be visited…. Not only pictures but a video shooting with “Shanghai… Tunggu aku datang” version will be released sooonnnn. 
Insha Allah :)

And did I tell you that everything is VVIP package and 5-star services? Ohhh yess… all fully-sponsored by the company and everything is VVIP package and 5-star services! these inclusive of the food, the hotels, the treatment for our delegations and many more!!!!



So, do you want to qualify the next company’s trip? Psssttt, I’ve heard it will be A&H (Austria & Hungary). So, what are you waiting for? Let’s join our group in Top Leaders Circle and let’s treasure this beautiful journey together :)


Tuesday, 12 August 2014

Happiness is not trying or finding, it's deciding....

If you having an options in your life, which one will you choose?
Continue doing the same work or step forward doing something different?


My kids ni ada habit especially adik… he loved to measure his height as if he can’t wait to grow bigger like mama and papa. You know what he did? Everyday masa mama pick-up kakak dan adik dari sekolah, adik will definitely duduk di tempat co-driver.  So apa yang dia buat adalah, dia bersandar pada seat dan lunjur kaki ke depan. From there dia akan cakap, “mama… sikit lagi adik akan touch lantai kereta”. Besides that, kakak and adik suka buat measurement macam ni juga…. dia akan berdiri tepi mama sambil ukur ketinggian dia… dia akan ukur whether dia sudah capai paras pinggang mama atau belum. How times flies… our routine as mother also slowly change. From sending them to nursery now they off to pre-school then to primary school.

Pernah atau tidak, kita terpikir… apa rutin kita harian kita? Bangun pagi siapkan anak-anak ke sekolah, kita pula bersiap ke office dari pukul 8 sehingga pukul 6 petang. Pergi balik meredah trafik jem dan sebelah petang rushing nak mengambil anak. And it’s not over there… our routine seems keep on repeating sampaila sedar tak sedar we already works for almost 6 or 7 years or perhaps more.

Flashed back… all these years have we achieved something that we satisfied? Have we achieved what we dreams before? As for example, saving for our family, possess our own house, do goods to our parents? Pernah tak kita terasa penat dengan rutin harian kita atau kita sebenarnya tak kesah?

Masa berlalu dengan pantas, setahun habis bagaikan sekelip mata. In fact, 2014 juga sudah memasuki bulan August, bulan kemerdekaan Malaysia. So ada tak agak-agaknya azam yang kita hajatkan di permulaan tahun yang lalu sudah tercapai satu persatu? Atau sudah tercapai semuanya atau mungkin separuh telah tercapai? Atau masih belum memulakan langkah?

Year after year, our commitments bertambah setiap tahun but our saving stagnant and our age is catching up with us..and at the age of 35, finally we decided to change. Cari extra income sebab penat dengan bekerja. We start to panic and lack of motivations due to rejections we faced. And we start to think, “Ah, tidak perlulah buat business ini, because I am old already,”

Or, kita decide, kita tidak mahu tunggu. Why wait when we can do it, NOW. Sementara energy tengah kuat, umur pun masih muda, anak-anak pun masih kecil and commitment not so bad, we decide to CHANGE. Do something about our lives. Supaya satu hari nanti kita akan BEBAS KEWANGAN dan kita ada BANYAK MASA.

3 tahun bekerja makan gaji versus 3 tahun buat business.
Or, 3 tahun bekerja makan gaji versus 
3 tahun buat business secara part-time + bekerja makan gaji.
Ada banyak bezanya. Sekurang-kurangnya, we do something. Kita tidak berdiam diri. Kita tahu, kita ada tanggungjawab. Kita tahu apa yang kita impikan. So what kalau kita pernah jatuh sebelum ini? Cuba bangun and buat lagi. Buat sampai jadi. Buat sampai dapat!
So, jangan tunggu. Makin lama, kalau kita tunggu, kita akan terus wondering and wondering. Take the key, and start your engine. You’ll never know until you try it for yourself. Dare to change!
Feel free to contact me if you really want to CHANGE for better FUTURE!



Something to ponder….
Jadi kuat kalau bukan untuk diri sendiri, untuk orang tersayang – Irfan Khairi
Jalan ke arah kejayaan bukannya lurus. Ada selok belok, ada speed bump, ada traffic lights, ada jam, ada accident, ada tersilap jalan melawan traffic, ada tersesat walaupun guna gps dan macam2 lagi. Tapi, perjalanan perlu diteruskan – Irfan Khairi

Friday, 8 August 2014

BOIKOT : Jom mulakan langkah......


It started today!!

Jom memulakan langkah beramai-ramai… walaupun kita tidak mampu untuk mengangkat senjata dan berjihad bersama-sama rakyat Palestine, tetapi kita boleh berjihad melalui ekonomi. 

Mungkin dengan boikot perniagaan seperti Coca Cola, Mc Donalds, Colgate, Starbucks dan lain-lain tidak dapat menghentikan peperangan Gaza tetapi, yang nyata, usaha boikot memberi impak kepada perniagaan-perniagaan yang membantu Zionist. Usaha boikot menjatuhkan nilai mereka di pasaran saham dan juga nilai mereka di mata insan-insan perihatin. Usaha boikot akan menjauhkan syarikat-syarikat lain dalam menjalinkan hubungan dengan regim Zionis dalam membantu mereka.

Iya, sememangnya untuk melakukan pemboikotan secara 100% agak sukar. Terlalu banyak produk yang digunakan di dalam kehidupan seharian yang juga antara penyumbang terbesar Zionis. Mungkin juga antara sahabat atau keluarga kita masih merokok? Masih minum Milo? masih makan Maggie? Juga memyumbang ke arah Zionis.

Tetapi, sekiranya tidak boleh 100%, kurangkanlah 50%. Sekiranya tidak mampu 50%, kurangkan lah 10%. Ingat, kejatuhan keuntungan perniagaan dan jenama besar 10% akan memberi impak kerugian yang besar kepada organisasi tersebut. At least kita mulakan dengan sesuatu, actions speak lauder than words.



Dalam usaha kita memboikot produk-produk yang menyokong pembinaan Negara Zionis Israel , suka diingatkan kepada anda dan diri Eda juga beberapa perkara yang mungkin kita terlupa dalm keghairahan memboikot.

1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.

2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan HAWA NAFSU..Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.

3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.

4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.

5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.

6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya KOS OPERASI MEREKA MENINGKAT.

7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna dan atas nilai-nilai keperikemanusiaan.




Thursday, 7 August 2014

Is this happen to you???.....

Dalam kemeriahan musim perayaan, tidak dinafikan pasti banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan sebelum, semasa & selepas perayaan berlangsung. Mungkin ketika berbelanja, kita tidak begitu menyedarinya kerana teruja dengan kegembiraan hari raya, Standard la raya kan? Kebanyakan berhabis sakan untuk raya. Ada banyak duit atau sikit, raya tetap raya. Terlupa buat backup untuk keperluan selepas raya terutama apabila gaji masuk awal sebagai membantu keperluan pekerja tetapi selepas kemeriahan mula susut, Adehhh sakit kepala memikir, baru perasan lari pula bajet kita tahun ini.
Apa yang perlu dilakukan? Berikut ada beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki semula kedudukan kewangan sekiranya lari bajet selepas raya. 
1. Mulakan tabung ‘kurangkan hutang’ 
Konsep ini agak mudah iaitu anda hanya perlu mengetepikan sejumlah wang yang kecil setiap minggu ke dalam tabung untuk mengurangkan hutang. 
Sebagai contoh, cuba ketepikan sejumlah wang mungkin RM5 atau RM10 atau mungkin RM20 setiap minggu. Jumlah wang ini kemudian gunakan untuk membayar hutang kad kredit yang mungkin timbul ketika musim perayaan. 


Dalam tak sedar,kita mungkin ada menggunakan kad kredit ketika pembelian dan masih belum menyelesaikannya sebelum pulang bercuti.


2. Elakkan penggunaan kad kredit selepas perayaandalam usaha melangsaikan hutang  sebelum ini.

Seperti memenuhkan air ke dalam baldi yang bocor pasti tiada air yang bertakung! Untuk lima hingga enam bulan akan datang, hentikan daripada menggunakan kad kredit. 


Pembelian secara tunai atau penggunaan kad debit boleh dijadikan alternative. Sudah tentu perbelanjaan akan dihadkan dengan wang yang anda miliki saja. Ingat, membeli barangan mengikut keperluan bukan kemahuan/kecemasan. 


3. Kita juga boleh berjimat melalui kehidupan seharian, fikirkan di mana kita boleh mengurangkan kos


Mungkin tidak perlu membeli majalah mingguan kegemaran atau boleh juga mengurangkan lawatan ke kedai mamak bersama kenalan atau mengurangkan aktiviti keluar dihujung minggu terutama ke tempat-tempat yang perlu bayaran untuk setiap kemasukan.
Selain itu, aktiviti memasak di rumah lebih baik berbanding membeli makanan di luar kerana ia lebih terjamin khasiat, kebersihan dan menjimatkan. 
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:
• Jual barang yang bukan keperluan
• Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat!)
• Hentikan langganan rancangan televisyen atau tukar pakej lebih murah
• Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat


4. Pindahkan terlebih dulu 10 peratus daripada pendapatan bulanan anda ke akaun simpanan atau untuk membayar hutang 



Jangan tunggu hujung bulan baru hendak fikir jumlah yang perlu disimpan atau membayar hutang kerana ketika itu mungkin sudah tiada lagi simpanan. Sejurus gaji masuk ke akaun anda, ketika itulah pindahkan 10 peratus sebelum anda menggunakannya untuk sebarang perbelanjaan lain. 


Pelbagai dugaan wang sentiasa ada pada musim perayaan. Tetapi, berjimat dan mengawal sumber kewangan harus dilakukan sepanjang masa, bukan hanya ketika musim perayaan. Apa yang penting, kita harus mendisiplinkan diri dan memiliki tabiat berjimat cermat. Sekiranya bajet lari, ambil iktibar ini untuk memperbaiki tabiat berbelanja pada musim perayaan tahun depan. 
5: Jana pendapatan kedua.
Babitkan diri dalam perniagaan. Anggap gaji yang diterima setiap bulan sebagai duit untuk sara hidup setiap bulan dan perniagaan sebagai sumber menambahkan simpanan. Simpan 100 peratus hasil perniagaan dan jika mahu menggunakannya, jangan melebihi 50 peratus. 
Duit hasil perniagaan memang terbukti mempercepatkan diri daripada bebas hutang. Pendapatan sampingan juga penting bagi menyokong gaji yang diterima setiap bulan selain ia berguna untuk menambahkan simpanan.

Tidak tahu bagaimana? Berasa malu atau tidak konfiden untuk memulakan perniagaan? Antara jenis perniagaan yang mudah untuk diceburi dan praktikal adalah SOHOBIZ by Top Leaders Circle (TLC). Mudah dan simple. Nak tahu lebih lanjut bagaimana SOHOBIZ dan TLC boleh membantu anda dalam menambahkan simpanan, kalau komited untuk ubah 360° lifestyle boleh hubungi Eda. Insha Allah, Eda akan membantu anda :)


Jom kongsi pengalaman pulang beraya tahun ini....

Ada yang 12 jam perjalanan pulang ke kampong dek terpaksa redah jem yang panjang berjela, ada yang 20 jam… haa dah macam sehari plak perjalanan, dah boleh pusing Malaysia tu. Tapi apakan daya, komitmen kerja, komitmen keluarga, komitmen sekolah terpaksa la mengharungi nya jua demi insan yang tersayang yang sudah lama tak berjumpa.


Tambah pulak terpaksa meriba pulak yang si kecil, tapi anak Eda yang kecil pun tak lah kecil mana sudah… 5 tahun, berat pun dah hampir mencapai 20 kg. haisshhh mau sakit belakang berlama-lamaan di dalam kereta. Alhamdulillah, perjalan pergi dan balik kami hanya mengambil masa yang normal, 5 jam sahaja. Bersedia plak dengan pembantu (melekat terus untuk support belakang). Alhamdulillah, premium beautiful korset ini sangat banyak membantu.... balik cergas jer untuk bergerak menziarah ke sana ke mari. Kalau tak, cuti panjang pun tak gembira mana bila badan tak sihat.


Sesudah pulang juga tak menjadi masalah untuk memulakan kerja. Badan sudah bersedia, Cuma mental je yang masih belom….ehehhe.


Apa agaknya pengalaman anda di kala perayaan pada tahun ini. Boleh la kita berkongsi bersama... pengalaman manis, lucu, sedih. Jom komen berkongsi cerita :)



Syawal kini tiba....

Sudah seminggu berlalu, sudah masuk hari ke-9 di bulan Syawal. Sudah ramai juga yang memulakan routine kerja seperti biasa walaupun ada yang masih didalam mood perayaan. Raya kan sebulan?

Ehehe… di zaman kanak-kanak pasti nya gembira bila tiba syawal, mana tak nya…. Bukan hanya dapat pulang ke kampung, makan makanan yang sedap-sedap, berbaju baru, berjumpa sanak saudara yang mungkin jarang-jarang berjumpa atau mungkin setahun sekali berjumpa… pastinya duit raya antara yang dinanti! Now, its our kids' turn untuk merasai keriangan aidilfitri :)




Jadi bagaimana pengalaman beraya kawan-kawan pada tahun ini? Adakah berbeza atau sama dengan tahun-tahun yang lalu? Alhamdulillah, tahun ni kami tak sangkut dalam jem yang panjang kerana bertolak sehari awal. Walaupun En Suami baru pulang dari outstation tapi kami gagahkan juga untuk bertolak pada malam khamis, 24hb July yang lalu. Perjalanan mengambil masa 5 jam, kami sampai ke Kedah pada pukul 3.00 pagi. Syukur…

Since sampai awal, dapatla bawak mak pergi shopping. Ha hebat tak shopping sofa & meja makan sehari sebelum raya? Rezeki tahun ni dapat gembirakan mak & abah. Walaupun sudah berbelas tahun sofa lama masih berkeadaan baik, alang-alang membeli biar alah memakai. Lama la lagi kan kalau nak tunggu rosak, so tahun ni kita beli je juga menambah koleksi…ehehe.

Hari Sabtu baru la kakak & abang bersama keluarga masing-masing pulang. Tahun ni kami berkumpul adik beradik di Kedah dahulu… ikut giliran. Ehehe sambil pakat-pakat dengan adik beradik yang lain supaya dapat bertemu maklumla cuti2 yang biasa jarang dapat jumpa walaupun kami hanya tiga beradik sahaja. Jadi saat berkumpul dihargai bersama.


Routine raya, sesudah solat Aidilfitri kami akan bersiap sambil tunggu mak & abah pulang dari menziarah kubur tok & wan. Sambil bersalaman, sambil meghulur duit raya pada anak sedara. Waktu ni memang best tengok gelagat anak-anak sedara yang makin membesar termasuk la anak dara & anak teruna ku…ehehe. Inilah keluarga saya ;)



Habis selesai bersalaman, kami keluar beraya ke rumah ibu dan bapa saudara yang terdekat. Tapi tak boleh pergi banyak-banyak rumah sekaligus sebab kena tengok mood anak-anak bagi mengelakkan mereka meragam baik berhenti dan sambung di Raya ke-2 pula…ehehe. Ahaha tapi makan tak hengat okey, macam-macam makanan disediakan. Kat rumah sudah bersarapan dengan nasi tomato, bila beraya ada yang masak mee kari, keteow goreng, laksa & of course la ketupat & rending makanan wajib tu kan. 



Ni antara makanan yang disediakan sepanjang kmi menjadi tetamu dan menyambut tetamu semasa beraya... Siapa mau kira brp banyak kalori sudah disini untuk sela masa 4, 5 hari sahaja? ;) Naseb baik tahun ni beraya dengan Premium Beautiful Korset. Terjaga perut, kalori pun layan je la kan…eehhee.

Pakai Dress pun confident je. Sebelumni nak pakai dress? Dengan harapan je la kn…walaupun beli alih2 tak pakai. Tahun ni, totally different… cheewaahhh… a brand new me.


Selalu nya belah pagi kami akan beraya di rumah saudara, pada waktu petang kami pula yang layan tetamu yang datang rumah. Masuk raya ke-3, masing-masing pulang beraya ke rumah mentua pula. adil la kan? Dapat berjumpa dengan adik beradik dari dua-dua belah. Macam biasa, kami akan singgah d rumah nenek di Bagan Serai sebelum meneruskan perjalanan beraya di Sri Iskandar. 



Ehehe ni baru sebahagian anak buah sebelah en suami, belum 17 orang punya gambar. Meriah kan?
Raya sakan tahun ini, seminggu bercuti. Alhamdulillah perjalanan pergi & balik kami selamat dan tak terlibat dalam jem yang sangat memenatkan. Diharap, Raya kawan-kawan juga penuh makna & gembira di samping keluarga.

Akhir kata, kesempatan yang ada ini Eda dengan penuh rasa ikhlas dan rendah diri berserta ahli keluarga, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai kata Eda secara sengaja atau tidak menyakitkan hati atau membuat sesiapa terluka. Sesungguhnya yang baik daripada Allah SWT dan yang buruk pastinya daripada Eda & Keluarga. Selamat Menyambut Aidilfitri………….


Wednesday, 6 August 2014

Salam Aidilfitri 2014!!!




Hope not too late to wish Salam Aidilfitri to all my frens out there!!!

Hope everyone had a great holiday break too :)



Raya-raya pun kita selfie. Janji Happy  :)