Tuesday, 13 May 2014

Pengenalan kepada Sabun Marine Essence a.k.a Sabun Ketiak a.k.a Sabun Hijau



Sabun Marine Essence a.k.a Sabun Ketiak a.k.a Sabun Hijau

Walau apapun nama yang diberikan untuk sabun Marine Essence ini, ia merupakan sabun organik, sesuai untuk yang mengalami masalah berikut:
·        - Menghilangkan gatal-gatal badan dan muka
·        - Menghaluskan kulit
·        - Menghilangkan Jerawat muka dan badan
·        - Membantu melegakan penyakit ekzema dan psoriasis
·        - Mencerahkan ketiak, leher, kelengkang dan bahagian pelipat badan yang lain.
·        - Menghilangkan bau ketiak
·        - Memudarkan parut pembedahan
·        - Memudarkan kesan rekahan atau stretchmark
·        - Menghilangkan panau, kurap dan masalah kulit yang lain.
·        - Mengekalkan kesegaran badan.

Fungsi Sabun Marine Essence:
§  Menghilangkan bau badan
§  Memulihkan penyakit kulit seperti eczema dan penyakit kulit yang serius
§  Mengecutkan jerawat pada badan dan muka
§  Menghilangkan tompok hitam pada celah badan seperti celah ketiak, celah peha dan celah leher
§  Mencerahkan kulit badan
§  Mengurangkan parut stretch marks pada badan
§  Kulit lebih lembap & tidak berminyak

Bahan-bahan Utama dan Kelebihannya
Garam Buluh
§  Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
§  Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.
Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
§  Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
§  Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
§  Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
§  Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
§  Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
§  Antioksidan, anti-penuaan.
§  Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
§  Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
§  Merupakan pelembap kulit yang terbaik.
Aloe Vera
§  Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.



Cara Penggunaan:
Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.
Cara Penyimpanan:
Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.
Sesuai untuk semua peringkat umur. Bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua.
Sabun Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.
Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Sabun Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari.

Kulit Sensitif : Putera & Puteri Mama (my little angels)

Dalam menyelongkar gamba-gamba lama… I found this picture. A small little girl, aqishh. She’s so cute & adorable. She’s my little princess….  Rambut jenis halus, lambat tumbuh panjang. Event sekarang sudah berumur 7 tahun pun masih berambut pendek. Bambam mama ni lah pengubat semangat mama dan temankan mama sepanjang masa. Almaklumlah, kerja di perantauan (Terengganu je pun…ehehe) tapi still la kan jauh dari mak abah dan suami. Setiap kali outstation mama pasti angkut skali, ada skali tu tidak ada siapa yang boleh ikut untuk temankan kakak kat bilik…mama siap angkut kakak masuk dalam bilik training…uhuhu who cares? As long as we do our work, right? Mainlah kakak sorg-sorang kat belakang sambil mama kerja. She’s so behave seperti memahami keadaan mama. Nak berhenti kerja, banyak komitment… fresh grad, mana nak bayar pinjaman lagi, saving anak lagi & semestinya nak bagi duit pada parents setiap bulan sebagai balas jasa.


Tidak lama kakak main sorang-sorang, adik pun nak join untuk teman mama & kakak :) Kakak sangat comel dengan adik kan? Tak der nak kacau-kacau adik, kakak siap tolong mama jaga adik dalam pantang.


Unlike kakak, adik punya kulit ni sangat la sensitive. Tak tau la mama makan apa masa pregnant, rasa macam sama jer time pregnant kakak & Adik. Kesian kan baby bila ada eczema, sampai ke muka yang comel tu skali naik merah2. Adik, dalam 4, 5 bulan macam tu mama suda jarang-jarang pakaikan stoking. Kalau tak, naik rahes kat keliling kaki. Lama la juga mama jaga, pantang makan & macam2 cara buat utk hilangkan.  Alhamdulillah beransur kurang dan hilang bila adik semakin membesar. Dulu nak berinternet pun tak sempat sebab nak menjaga 2 anak sorang2. Apapun, syukur kedua kakak & adik membesar dengan baik, keletah mereka berdua pasti membuatkan mama ceria & lupa pada penat dsb.


Banyak jer cara nak untuk orang2 yang jenis berkulit sensitive ni sebenarnya. Yang penting, kita perlu tahu apakah penyebab atau faktor2 kulit menjadi sensitive:
-         - Pancaran sinaran UV matahari
-         - Allergi atau alahan pada makanan tertentu
-         - Perubahan suhu
-         - Keturunan
-         - Ketidakseimbangan hormon dsb

Search2 rupa nya baby dan eczema agak common & sinonim especially kanak-kanak. Mungkin juga adik mengikut perihal mama, mama ni pantang berpeluh or kena rumput yang panjang2 tu… kompem kaki gatai-gatai. Tangan plak jenis tak boleh dok diam, garu….abes pedih-pedih & berparut. So walaupun sudah makin besar, mama akan pastikan adik dengan kakak jaga kebersihan & guna sabun yang berunsurkan anti-bacterial.


Rupa-rupanya ada sabun yang lagi best untuk merawat orang-orang yang mempunyai kulit jenis sensitive ni. Apakah sabun tu? Korang penah dengar Marine Essence Beauty bar? So sekarang, dah menjadi amalan untuk mandian guna kan set Marine Essence Series… kat rumah akan pakai dalam bentuk bar & shampoo dan kalau untuk travel pasti set Marine Essence Body wash & shampoo akan dibawa bersama. Mudah & ringkas. Tak perlu risau lagi :)

Sunday, 4 May 2014

2013 PMO Ladies Gathering


Tiap-tiap tahun pasti akan diadakan ladies gathering di PMO. Banyak info sharing pasal alam pekerjaan & wanita, issue semasa mengikut tema. Semenjak bekerja di PMO bermula tahun 2010, ni la kali pertama rasanya berkesempatan mengikuti program macam ni, sebelum ni masa yang kurang sesuai dengan kerja yang perlu disiapkan memaksa diri tidak dapat mengikuti program sebegini. 


Tahun ni tetamu jemputan khas, Diana Amir. Excited! Selalu tengok dalam tv je kn, kali ni “live”, kecil molek je orang nye. Sgt cantek & sangat humble.

   


Bertepatan dengan tema, Hijrah. Diana Amir berkongsi cerita bagaimana beliau berhijrah dari tidak bertudung kepada bertudung litup sekarang. Sangat menyentuh perasaan & member kesedaran pada kita yang sudah bertudung litup ni bagaimana kita melihat kehidupan, menghargai kekeluargaan dsb.


Sesi kedua, adalah perkongsian Diana Amir tentang pemakaian tudung “shawl”. Kalau korang nk tau, Diana Amir pun dah ada tudung shawl jenama sendiri hokey. Rugi haritu turun tak bawak duit skali, yang cantik-cantik semua da diborong orang. Okey fine….uhuhuhu. Tak pelah, tida ada rezki kat situ janji kita boleh jadi salah sorang model untuk Diana Amir hokey J Walaupun tak reti nk duduk jadi model, janji boleh dok dekat dengna Diana Amir….layannnn ahahha.. aci tak macam tu?
 


 Antara gamba kenangan semasa PMO Ladies Gathering 2013


  
Me & Diana Amir J


2013 Graduation Day - Smart Reader Kerteh

2013 Tahun terakhir kakak berada di pre-school. 

Macam tahun-tahun sebelumnya akan diadakan konsert akhir tahun untuk pelajar 6 tahun. I would say, 2013 is the best year ever for the graduation day with the theme Fairy Tales – Bedazzled Nite!

Backdrop yang sangat superb! Thank you for all teacher of Smart Reader Kerteh for all your effort to make this happen. 
Majlis bermula dengan bacaan doa & al-quran dari students, diikuti dengan persembahan dari students 3 & 4 tahun, 5 tahun & 6 tahun. Semuanya diberikan peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing dengan pimpinan dari teacher-teacher yang sporting. Adik, Naufal juga tidak ketinggalan. Tahun ini adik lebih sporting dan bersemangat berbanding tahun lepas. Dua or tiga persembahan dari adik & kawan2 3 & 4 tahun.


 Habis sahaja persembahan, penyampaian hadiah untuk final exam. Walaupun 2 minggu adik & kakak terpaksa ponteng sekolah (sebab mam kerja diluar kawasan ) pastu masuk sekolah terus periksa, adik masih dapat top 5 hokey. Good job for both anak mama & papa.


Untuk kakak, balqis bermula dengan “fesyen show”. Kakak sebagai Princess Cinderella, diikuti dengan menari lagu Hindustan hokey & coral speaking. Memang havoc lah malam tu, walaupun sudah pukul 1130mlm, diorg tetap semangat untuk membuat persembahan untuk ibu bapa. Semangat yang ada pada anak-anak tidak mudah dijangka.

"



Mama & Papa impressed with both kakak & adik that night.  We love to enjoy every second of your moment of growth.