Assalamualaikum semua…..
Pejam celik, pejam pelik sudah seminggu kita berpuasa kan? Sungguh
tak trasa akan puasa di bulan ramadhan ni kan… bila di ingat kembali puasa
dikala kecil, untuk mendidik kami adik beradik untuk berpuasa maka abah akan
bagitau… sesiapa yang tak puasa boleh Cuma masa buka puasa nanti tak boleh
makan sekali dengn orang berbuka nanti dan hanya boleh makan selepas orang yg
berbuka sudah habis makannye. (lauk pauk bukan main sedap lagi mak masak untuk
berbuka… mana tak meleleh kn? Rugi la klu kena makan selepas kn). Kenangan yang
tak boleh lupa berpuasa di zaman kanak-kanak sangat banyak… diantaranya:
1 - Ambil kesempatan minum air masa berwuduk or
mandi… ehehe.
Haa sapa lagi yang buat macam ni? Baek mengaku lekaih….ehehe
2 - Time nak berbuka, siap baring depan makanan
sambil tunggu masa berbuka….
Tak tahan suda untuk berbuka bila tengok lauk
& minuman yang mak sediakan
3 - Elok mak hidang, dalam 10 - ada 15 min sebelum
berbuka Eda da siap-siap ambil lauk
letak dalam pinggan… elok azan terus
ngapppp tak tunggu orang lain dah
Sekarang masa giliran untuk melihat gelagat anak-anak mula
berpuasa plak. Bagaimana la ye keadaan diorang. So bagaimana dengan pengalaman
anda berpuasa dikala zaman kanak-kanak pula? pasti menarik bukan…..
Diharap belum terlambat untuk Eda mengucapkan Selamat
Menyambut Ramadhan & Selamat berterawih kepada semua kawan-kawan..
Semoga kita sentiasa dapat melakukan yang terbaik dari segi amal ibadah kita, menjadi Muslim / Muslimah yang terbaik, dan semoga kita sentiasa melakukan perubahan yang terbaik, bermula dari bulan Ramadhan ini sehinggalah sampai bila-bila.
Mohon maaf andai punya salah silap yang disedari mahupun yang tidak diisedari dari Eda & keluarga dan juga rakan2 TLC

No comments:
Post a Comment