Day 11 of Ramadhan
Alhamdulillah, syukur… finally kakak makin memahami apa itu
puasa beserta waktu berpuasa. Sebelum ni, semakin hampir ke bulan Ramadhan
kalau mama & papa tanya samaada kakak nak berpuasa atau tak… pasti pantas
je jawapannye.. kakak tak nak puasa nanti kakak sakit perut nanti kakak lapar. Kakak
tak nak bangun sahur, ngantuk. Standard jawapan
dari kakak everytime soalan puasa diajukan. Dengan sape pun itulah jawapan nye,
tak der nak cover2.. itu lah kanak2 kan? Hati masih suci, tak terpikir untuk
menipu utk ego, untuk cover diri.
Tahun ni, sama jer standard jawapan kakak bila Ramadhan tiba…
tapi mama & papa layan je cuma ajar perlahan2 sebab masih kecil kan? Mama dulu
pun darjah 2 baru puasa penuh. Since suda masuk sekolah, pastila tak der
student bawak makanan so risaukan kakak & adik takut lapar so mama &
papa akan make sure diorang ambil breakfast yang agak berat sebelum ke sekolah.
Hari 1st ada juga dibekalkan susu kotak & biskut dengan pesanan
bekalan hanya boleh dimakan dirumah ustazah sahaja. Di sekolah kena puasa
walaupun sekejap.
Hari pertama & kedua, masa mama ambil waktu petang…
selamat dah makan sebab lapar (dalam fikiran pun memang tak puasa, memang tak
puasa la jawab nya). Hari seterusnya puasa tu bertahan lebih lama, lepas beli
makanan di bazaar Ramadhan baru la minta utk berbuka sebab lapa sangat. Okey lah
kan, at least progressing to positive. Sekarang kalau tanya pun dah mula jawab,
kakak puasa… tiada lagi alasan sakit perut, lapar sebab dia dah merasai puasa
itu apa & macam mana.
Know what, semalam kakak sendiri berpesan pada papa untuk
kejutkan dia bangun sahur pagi ni sebab kakak nak puasa. Alhamdulillah, apabila
dikejutkan mudah jer bangun nye walaupun dalam mamai bersahur. Mama & papa
sangat2 happy & bersyukur dengan perkembangan kakak. Walaupun kecil but it
mean a lot. Kanak-kanak kecil tak perlu dipaksa, mereka hanya perlu dipujuk
& diberi galakan yang berterusan… Insha Allah dengan sendiri nya mereka
akan merelakan & mengikut apa yang baek. Mama & papa tak sabar nak
tengok kakak berjaya tak berpuasa penuh hari ni. Semoga kakak bertahan ya sayang…
tapi andai kakak tak tahan sehingga maghrib pun tak ape, kita akan cuba lagi
okey? Puasa ada 19 hari untuk latihan diteruskan :)
Okey, amazingly bukan hanya kakak tapi adik yang baru
berusia 5 tahun pun dah berpuasa walaupun tak penuh sehari but sometimes it can
last for almost 12 hours (7am-7pm). Alhamdulillah, anak-anak mama dalam proses belajar.
Macam mana agaknye pengalaman kawan-kawan dengan anak masing2 menghadapi bulan Ramadhan ye? Pasti mempunyai cerita yang tersendiri.
Ni antara tips2 dalam memperkenalkan & mengajar anak2 dalam berpuasa :
1. Cuba berikan penerangan secara santai berkenaan puasa sambil wujudkan perasaan untungnya orang berpuasa dalam hati anak-anak. (boleh juga galakkan mereka dengan cerita2 yang menggalakkan puasa macam upin ipin ke, animasi kartun mengenai puasa dsb)
2. Bantu mereka untuk berpuasa termasuklah ketika bersahur. Pastikan sahur dengan hidangan yang dapat memberikan tenaga dan kekuatan untuk kekal bertenaga semasa berpuasa disiang hari.
3. Berikan pujian pada anak-anak walaupun mereka tak berupaya untuk berpuasa penuh lagi. Berikan galakan & dorongan berterusan.
4. Jangan tunjukkan apa2 makanan... (hahah yang ni memang penting, once nampak terus lembik diorang... dahaga la, lapar la dan dan la kuar ;))
5. Berikan ganjaran pada anak-anak yang mampu puasa sempurna. Contohnya belikan makanan yang diingini untuk juadah berbuka dsb.
6. Sekiranya anak2 sudah tidak mampu meneruskan puasa, jangan lah memaksa & memarahi nye. Marah hanya memburukkan keadaan sebaliknya. Teruskan galakan untuk cuba berpuasa di hari seterusnya.
7. Kalau boleh, minta mereka kurangkan aktiviti lasak untuk mengelakkan cepat lapar & letih... (agak mencabar ni, pagi memang aktif petang mula melembik... )
Salam Ramadhan & semestinya banyakkan bersabar dalam membantu anak2 kita dalam menjalani ibadah puasa ^_^
No comments:
Post a Comment