Jom memulakan langkah beramai-ramai… walaupun kita tidak
mampu untuk mengangkat senjata dan berjihad bersama-sama rakyat Palestine, tetapi
kita boleh berjihad melalui ekonomi.
Mungkin dengan boikot perniagaan seperti Coca Cola, Mc
Donalds, Colgate, Starbucks dan lain-lain tidak dapat menghentikan peperangan
Gaza tetapi, yang nyata, usaha boikot memberi impak kepada perniagaan-perniagaan
yang membantu Zionist. Usaha boikot menjatuhkan nilai mereka di pasaran saham
dan juga nilai mereka di mata insan-insan perihatin. Usaha boikot akan
menjauhkan syarikat-syarikat lain dalam menjalinkan hubungan dengan regim
Zionis dalam membantu mereka.
Iya, sememangnya untuk melakukan pemboikotan secara 100%
agak sukar. Terlalu banyak produk yang digunakan di dalam kehidupan seharian
yang juga antara penyumbang terbesar Zionis. Mungkin juga antara sahabat atau
keluarga kita masih merokok? Masih minum Milo? masih makan Maggie? Juga
memyumbang ke arah Zionis.
Tetapi, sekiranya tidak boleh 100%, kurangkanlah 50%.
Sekiranya tidak mampu 50%, kurangkan lah 10%. Ingat, kejatuhan keuntungan
perniagaan dan jenama besar 10% akan memberi impak kerugian yang besar kepada
organisasi tersebut. At least kita mulakan dengan sesuatu, actions speak
lauder than words.
Dalam usaha kita memboikot produk-produk yang menyokong
pembinaan Negara Zionis Israel , suka diingatkan kepada anda dan diri Eda juga
beberapa perkara yang mungkin kita terlupa dalm keghairahan memboikot.
1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan HAWA NAFSU..Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.
6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya KOS OPERASI MEREKA MENINGKAT.
7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna dan atas nilai-nilai keperikemanusiaan.

No comments:
Post a Comment