Thursday, 7 August 2014

Syawal kini tiba....

Sudah seminggu berlalu, sudah masuk hari ke-9 di bulan Syawal. Sudah ramai juga yang memulakan routine kerja seperti biasa walaupun ada yang masih didalam mood perayaan. Raya kan sebulan?

Ehehe… di zaman kanak-kanak pasti nya gembira bila tiba syawal, mana tak nya…. Bukan hanya dapat pulang ke kampung, makan makanan yang sedap-sedap, berbaju baru, berjumpa sanak saudara yang mungkin jarang-jarang berjumpa atau mungkin setahun sekali berjumpa… pastinya duit raya antara yang dinanti! Now, its our kids' turn untuk merasai keriangan aidilfitri :)




Jadi bagaimana pengalaman beraya kawan-kawan pada tahun ini? Adakah berbeza atau sama dengan tahun-tahun yang lalu? Alhamdulillah, tahun ni kami tak sangkut dalam jem yang panjang kerana bertolak sehari awal. Walaupun En Suami baru pulang dari outstation tapi kami gagahkan juga untuk bertolak pada malam khamis, 24hb July yang lalu. Perjalanan mengambil masa 5 jam, kami sampai ke Kedah pada pukul 3.00 pagi. Syukur…

Since sampai awal, dapatla bawak mak pergi shopping. Ha hebat tak shopping sofa & meja makan sehari sebelum raya? Rezeki tahun ni dapat gembirakan mak & abah. Walaupun sudah berbelas tahun sofa lama masih berkeadaan baik, alang-alang membeli biar alah memakai. Lama la lagi kan kalau nak tunggu rosak, so tahun ni kita beli je juga menambah koleksi…ehehe.

Hari Sabtu baru la kakak & abang bersama keluarga masing-masing pulang. Tahun ni kami berkumpul adik beradik di Kedah dahulu… ikut giliran. Ehehe sambil pakat-pakat dengan adik beradik yang lain supaya dapat bertemu maklumla cuti2 yang biasa jarang dapat jumpa walaupun kami hanya tiga beradik sahaja. Jadi saat berkumpul dihargai bersama.


Routine raya, sesudah solat Aidilfitri kami akan bersiap sambil tunggu mak & abah pulang dari menziarah kubur tok & wan. Sambil bersalaman, sambil meghulur duit raya pada anak sedara. Waktu ni memang best tengok gelagat anak-anak sedara yang makin membesar termasuk la anak dara & anak teruna ku…ehehe. Inilah keluarga saya ;)



Habis selesai bersalaman, kami keluar beraya ke rumah ibu dan bapa saudara yang terdekat. Tapi tak boleh pergi banyak-banyak rumah sekaligus sebab kena tengok mood anak-anak bagi mengelakkan mereka meragam baik berhenti dan sambung di Raya ke-2 pula…ehehe. Ahaha tapi makan tak hengat okey, macam-macam makanan disediakan. Kat rumah sudah bersarapan dengan nasi tomato, bila beraya ada yang masak mee kari, keteow goreng, laksa & of course la ketupat & rending makanan wajib tu kan. 



Ni antara makanan yang disediakan sepanjang kmi menjadi tetamu dan menyambut tetamu semasa beraya... Siapa mau kira brp banyak kalori sudah disini untuk sela masa 4, 5 hari sahaja? ;) Naseb baik tahun ni beraya dengan Premium Beautiful Korset. Terjaga perut, kalori pun layan je la kan…eehhee.

Pakai Dress pun confident je. Sebelumni nak pakai dress? Dengan harapan je la kn…walaupun beli alih2 tak pakai. Tahun ni, totally different… cheewaahhh… a brand new me.


Selalu nya belah pagi kami akan beraya di rumah saudara, pada waktu petang kami pula yang layan tetamu yang datang rumah. Masuk raya ke-3, masing-masing pulang beraya ke rumah mentua pula. adil la kan? Dapat berjumpa dengan adik beradik dari dua-dua belah. Macam biasa, kami akan singgah d rumah nenek di Bagan Serai sebelum meneruskan perjalanan beraya di Sri Iskandar. 



Ehehe ni baru sebahagian anak buah sebelah en suami, belum 17 orang punya gambar. Meriah kan?
Raya sakan tahun ini, seminggu bercuti. Alhamdulillah perjalanan pergi & balik kami selamat dan tak terlibat dalam jem yang sangat memenatkan. Diharap, Raya kawan-kawan juga penuh makna & gembira di samping keluarga.

Akhir kata, kesempatan yang ada ini Eda dengan penuh rasa ikhlas dan rendah diri berserta ahli keluarga, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai kata Eda secara sengaja atau tidak menyakitkan hati atau membuat sesiapa terluka. Sesungguhnya yang baik daripada Allah SWT dan yang buruk pastinya daripada Eda & Keluarga. Selamat Menyambut Aidilfitri………….


No comments:

Post a Comment