Thursday, 7 August 2014

Is this happen to you???.....

Dalam kemeriahan musim perayaan, tidak dinafikan pasti banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan sebelum, semasa & selepas perayaan berlangsung. Mungkin ketika berbelanja, kita tidak begitu menyedarinya kerana teruja dengan kegembiraan hari raya, Standard la raya kan? Kebanyakan berhabis sakan untuk raya. Ada banyak duit atau sikit, raya tetap raya. Terlupa buat backup untuk keperluan selepas raya terutama apabila gaji masuk awal sebagai membantu keperluan pekerja tetapi selepas kemeriahan mula susut, Adehhh sakit kepala memikir, baru perasan lari pula bajet kita tahun ini.
Apa yang perlu dilakukan? Berikut ada beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki semula kedudukan kewangan sekiranya lari bajet selepas raya. 
1. Mulakan tabung ‘kurangkan hutang’ 
Konsep ini agak mudah iaitu anda hanya perlu mengetepikan sejumlah wang yang kecil setiap minggu ke dalam tabung untuk mengurangkan hutang. 
Sebagai contoh, cuba ketepikan sejumlah wang mungkin RM5 atau RM10 atau mungkin RM20 setiap minggu. Jumlah wang ini kemudian gunakan untuk membayar hutang kad kredit yang mungkin timbul ketika musim perayaan. 


Dalam tak sedar,kita mungkin ada menggunakan kad kredit ketika pembelian dan masih belum menyelesaikannya sebelum pulang bercuti.


2. Elakkan penggunaan kad kredit selepas perayaandalam usaha melangsaikan hutang  sebelum ini.

Seperti memenuhkan air ke dalam baldi yang bocor pasti tiada air yang bertakung! Untuk lima hingga enam bulan akan datang, hentikan daripada menggunakan kad kredit. 


Pembelian secara tunai atau penggunaan kad debit boleh dijadikan alternative. Sudah tentu perbelanjaan akan dihadkan dengan wang yang anda miliki saja. Ingat, membeli barangan mengikut keperluan bukan kemahuan/kecemasan. 


3. Kita juga boleh berjimat melalui kehidupan seharian, fikirkan di mana kita boleh mengurangkan kos


Mungkin tidak perlu membeli majalah mingguan kegemaran atau boleh juga mengurangkan lawatan ke kedai mamak bersama kenalan atau mengurangkan aktiviti keluar dihujung minggu terutama ke tempat-tempat yang perlu bayaran untuk setiap kemasukan.
Selain itu, aktiviti memasak di rumah lebih baik berbanding membeli makanan di luar kerana ia lebih terjamin khasiat, kebersihan dan menjimatkan. 
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:
• Jual barang yang bukan keperluan
• Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat!)
• Hentikan langganan rancangan televisyen atau tukar pakej lebih murah
• Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat


4. Pindahkan terlebih dulu 10 peratus daripada pendapatan bulanan anda ke akaun simpanan atau untuk membayar hutang 



Jangan tunggu hujung bulan baru hendak fikir jumlah yang perlu disimpan atau membayar hutang kerana ketika itu mungkin sudah tiada lagi simpanan. Sejurus gaji masuk ke akaun anda, ketika itulah pindahkan 10 peratus sebelum anda menggunakannya untuk sebarang perbelanjaan lain. 


Pelbagai dugaan wang sentiasa ada pada musim perayaan. Tetapi, berjimat dan mengawal sumber kewangan harus dilakukan sepanjang masa, bukan hanya ketika musim perayaan. Apa yang penting, kita harus mendisiplinkan diri dan memiliki tabiat berjimat cermat. Sekiranya bajet lari, ambil iktibar ini untuk memperbaiki tabiat berbelanja pada musim perayaan tahun depan. 
5: Jana pendapatan kedua.
Babitkan diri dalam perniagaan. Anggap gaji yang diterima setiap bulan sebagai duit untuk sara hidup setiap bulan dan perniagaan sebagai sumber menambahkan simpanan. Simpan 100 peratus hasil perniagaan dan jika mahu menggunakannya, jangan melebihi 50 peratus. 
Duit hasil perniagaan memang terbukti mempercepatkan diri daripada bebas hutang. Pendapatan sampingan juga penting bagi menyokong gaji yang diterima setiap bulan selain ia berguna untuk menambahkan simpanan.

Tidak tahu bagaimana? Berasa malu atau tidak konfiden untuk memulakan perniagaan? Antara jenis perniagaan yang mudah untuk diceburi dan praktikal adalah SOHOBIZ by Top Leaders Circle (TLC). Mudah dan simple. Nak tahu lebih lanjut bagaimana SOHOBIZ dan TLC boleh membantu anda dalam menambahkan simpanan, kalau komited untuk ubah 360° lifestyle boleh hubungi Eda. Insha Allah, Eda akan membantu anda :)


No comments:

Post a Comment